Saturday, January 9, 2010

LOVELY BASKET
Lovely Basket (Large)
Diameter : 25 cm, height ; 8 cm (65 pcs of cookies)
Gabungan 6 jenis biskut yang beraneka rasa, warna & bentuk. Memang sesuai dijadikan hantaran pertunangan @ perkahwinan... akan kelihatan ceria di atas dulang hantaran. Elok juga dijadikan buah tangan untuk keluarga, sedara mara & kawan-kawan... mesti mereka gembira menerimanya..

Lovely Basket Large : RM 65

Lovely Basket (Medium)

Diameter : 21 cm, Height : 8 cm ( 50 pcs of cookies)

Lovely Basket ni, saiznya kecil sedikit dari yang pertama tadi... kecil saiz & kurang sedikit kuantiti cookies di dalamnya. Boleh pilih saiz mana yang disukai... Harganya pun mestilah berbeza..

Lovely Basket Medium : RM 50


Fruits In Lovely Basket


Biskut yang dibentuk pelbagai jenis buah disusun indah dalam Pastri Bakul. Pelbagai warna & rasa pasti menarik perhatian ramai. Ia amat sesuai dijadikan hantaran pertunangan & perkahwinan. Tidak mudah rosak menyebabkan ia jadi pilihan berbanding kek aising sekiranya lokasi majlis antara pasangan terletak agak jauh antara satu sama lain..contohnya orang Johor nak kawin dengan orang Kedah... jauh tu.. so Fruits in Lovely Basket ni pilihan terbaik...x perlu risau kerana ia tidak mudah rosak ketika dalam perjalanan.



Fruits In Lovely Basket

Dalam bakul ni, macam-macam rasa & warna ada... . pilih nak makan yang mana satu ...



Fruits In Lovely Basket

Biskut-biskut yang diolah bentuk buah-buahan pasti menarik minat semua terutama kanak-kanak..

Fruits in Lovely Basket : RM 65


Biskut Dalam Bentuk Buah-buahan

Inilah biskut-biskut yang saya buat dalam pelbagai bentuk buah-buahan & pelbagai rasa. Ambik masa jugak nak buat ni...kena sabar & kreatif. Biskutnya kena bakar elok supaya ia tidak lemau @ masak tak sempurna, supaya ia rangup & sedap saya masukkan cornflakes blend ke dalam adunannya. Bila makan rasa krup-krap gitu..




Cupcakes In Lovely Basket

Biasa kita tengok, cupcakes dalam kotak je.. haa..ni cupcakes special diletak dalam pastri bakul untuk hantaran di majlis pertunangan @ perkahwinan. Ia kelihatan lagi eksklusif gitu... lagi menarik, kan??? Ini Zarien tempah sempena pertunangan adiknya, Wani.



Cupcakes In Lovely Basket

Tengok... bila masukkan ke dalam kotak, ia x akan bergerak... dah kemas dalam basket tu... cun lagi tu..


Cupcakes In Lovely Basket

Dari luar pun boleh nampak cupcakes & tulisannya bila dimasukkan dalam kotak yang ada see-thru window.


Cupcakes In Lovely Basket

Ini Cupcakes In Lovely Basket yang pertama saya buat. Encik Jun yang order, kawannya Zack nak bertunang...


Cupcakes In Lovely Basket

Dari angle tepi... nampak le reben cinonetnya.. xleh buat reben mengepak & berjurai, nanti xngam nak susun cupcakes kat dalam...


Cupcakes In Lovely Basket

Tadaaa... dah sedia untuk diletak atas dulang hantaran, kalu nak cantik lagi & sedondong dengan hantaran lain, hias le bunga @ reben besar kat atas kotak tu....


Cupcakes in Lovely Basket : RM 50

Cupcakes In Lovely Basket

Ni cupcakes yang diorder oleh Cik Biey sempena 10th anniversarynya... Masa ni saya buat bakul bulat kerana belum ada acuan segiempat lagi.. Bila x banyak cupcakes boleh diisi dalam bakul, saya susun selebihnya kat luar bakul... ok gak kan???


Cupcakes in Round Lovely Basket : RM 45

No comments:

Post a Comment