Saturday, May 22, 2010

ANNIVERSARY CAKE
(combination of cake & cupcakes)




Happy Anniversary 10th untuk Anie... yang order kombinasi kek & cupcakes ni... Decoration kek ni semuanya idea Anie semata2 nak dapatkan kek istimewa sempena hari istimewanya, maklumlah yang ke 10 tuuuu... lebih2 lagi nak surprisekan cik abangnya...



Kek kat tengah tu, Anie pilh Kek Choc Moist manakala cupcakes pula flavo vanila. Anie minta tulis tahun2 perkahwinannya kat atas cupcakes manakala tahun2 kelahiran anak2nya ditulis dgn nama anak2 kat atas cupcakes tu... emmm hebat2...


Anie minat kaler purple sebab tu dia minta guna kaler purple combine dgn kaler cream.. nak bagi menarik letak decorated sugar bentuk love, kreatif idea Anie ni..



Anie called bagitau dia & family suka Choc Moist Cake tu, "marvellous" katanya... alhamdulillah, manakala cupcakes Anie simpan dulu... sayang nak makan katanya, hehehe jangan simpan sampai berkulat dah laaaa Anie weihh... simpan dlm fridge kan??? Haaa elok la tu, tahan lama sikit... boleh makan lagi kemudian hari.



Semoga Anie & family kekal bahagia hingga ke akhir hayat, Amin!!!





Harga : RM 55
TART NANGKA IN LOVELY BASKET


Tart Nangka In Lovely Basket kali ni agak special berbanding sebelumnya, kerana kali ini Lovely Basket ni bertangkai. Ini permintaan dr Kak Nik, Sri Damansara sempena pertunangan anak kawannya.
Bakul Pastri a.k.a Lovely Basket amat sesuai dijadikan hantaran pertunangan @ perkahwinan, lagi pun pastri ni x mudah rosak sepertimana kek aising...

Ini kali ke - 3 Kak Nik Order (thanks a lot Kak Nik...) Tart Nangka pun saya decorate lain dr sebelumnya biar sentiasa ada kelainan...



Pandangan dari atas, tangkai bakul saya buat corak "toncang" & dihias bunga2 kecil warna kuning & merah menambah seri bakul ini...



Lovely Basket kali ni, saya buat lain dari sebelumnya kerana selain ia menpunyai tangkai, lilitan tepi bakul tu saya buat corak "toncang". Rumit jugak nak siapkannya. Nak cantik punya pasal... x kisahlah kena bersengkang mata pun... asalkan customer puas hati...



Tart/Pai Nangka memang jadi pilihan kerana rasanya yg sedap, x muak dgn aroma jem nangka yg asli, homemade serta tahan lama... Deco kat atasnya saya bagi tema " setangkai bunga di taman hati".. hahaha




HAPPY TEACHER'S DAY 2010


Belum terlambat lagi rasanya ingin saya ucapkan Selamat hari Guru kepada semua insan yg bergelar guru tak kira di mana saja mereka berkhidmat, khususnya kawan2 saya yang bertugas sebagai Ustazah @ Cikgu : Razana, Nabilah Sidi Ahmad, Rozita...(sekadar sebut beberapa nama, kiranya termasuklah semua rakan2 saya wlp nama mrk x tertulis ya, ramai sgt kawan2 saya jadi guru ni. emmm saya pun ada pengalaman jadi guru - 6 kali tau, masa mula grade dulu2 la...)
Selamat Hari Guru jua buat cikgu2 yg mengajar anak saya di SK Saujana Utama & Di Tadika Ummie Ku, Saujana Utama Sungai Buloh.
Setiap kali datangnya tanggal 16 Mei saya x akan lupa pada guru saya Cikgu Mohd Zain Awang yg pernah mengajar saya di SK Pulau Rusa, K. Trg (1983 - 1984), jasa cikgu xkan saya lupakan.


Sempena Hari Guru, Anie order cupcakes untuk dihadiahkan kepada guru2 yg mengajar di Tadika Little Caliph, Saujana Utama 2. Siap tulis nama2 guru lagi atas cupcakes tu, sebagai menghargai jasa guru2 yg telah mendidik anaknya.

Semoga semua guru Aqasha suka dengan cupcakes ni ya...

Harga : RM 30 (25 pcs/box - saiz M)


Cupcakes ni pulak, Anie minta letak dlm container, senang nak bahagi2kan kat guru2 nanti, anak sulung Anie nak hadiahkan kat guru2nya... baiknya anak murid ni!!!



Cupcakes ditulis nama guru & ucapan Slmt Hari Guru...



Semoga guru2 gembira menerima hadiah cupcakes ni ya!!! Mestilah gembirakan bila jasanya dihargai oleh anak murid...


Harga : RM 26 (16 pcs/box - saiz L)

BLUEBERRY CHEESE CAKE


Blueberry Cheese Cake ni pun Lyly order untuk birthday bos nya... wahhh besar majlisnya ya Lyly. Semoga semua staff kat tempat Lyly keje suka dengan kek ni...
Lyly ada call bagitau dia suka dengan kek ni sebab rasanya SEDAAAAAP sangat!!! Rasa cheese yg sejati & masam2 manis blueberry... kombinasi yg idea... hahaha


Haaa ni Blueberry Cheese Cake extra saya buat khas untuk hubby & anak2.. nanti mereka tengok kek yg customer order, terliur rasa nak jugak kan.. so kena la buat lebih..



Ini la rupa Blueberry Cheese Cake bila dah dipotong. Kat dlm kek saya campurkan blueberry & kat atasnya pun saya topping dgn blueberry jugak, agar rasanya "walla...". Syukur hubby & anak2 sgt2 suka makan kek ni terutama anak sulung saya... balik sekolah, belum tukar baju dah buka fridge nak makan kek ni...


Harga : RM 50 (round 9 inci)
CHOC MOIST BANANA CAKE



Choc Moist Banana Cake ni Lyly yg order sempena birthday bos nya. Memang sedap kek Chocolate Moist yg dilayer dengan cream chocolate & pisang... emmm





Choc Moist Banana Cake - dari side angle... sisi kek disapu chocolate rice, menambahkan lagi rasa coklatnya... yum..yum..yummy!!!
Maaf xleh tengok camne rupa kek kat dalam... yang ni customer order, x dapat la saya potong untuk ambil gambar posisi dalam kek yang lazat dilayer dgn banana tu.. hehehe
Harga : RM 42 (7 inci)
BIRTHDAY CUPCAKES


Lyly order cupcakes ni khas untuk celebrate birthday her "dear". Semoga berbahagia sentiasa Lyly... harap2 your "dear" suka dgn cupcakes ni...
Harga : RM 25 25 pcs/box