Showing posts with label Fondant Cake. Show all posts
Showing posts with label Fondant Cake. Show all posts

Monday, September 24, 2012


KEK KAWEN FONDANT...


Kek Kawen Fondant 3 tingkat, gabungan 5 biji kek yang pelbagai rupa & rasa... khas sempena perkahwinan adinda tersayam - Mimi Syazwani dengan pasangannya Ridzuan pada 12 Mei 2012.





2 biji kek ni adalah kek Walnut Carrot Moist ... Ramai yang suka kek ni sebab ia ditopping dengan cream cheese... sedaappp tau!!!


Yang ni kek Blueberry Choc... 3 layer kek sponge choc yang gebu dilapisi dengan filling blueberry yang masam2 manis..


kek ni pula kek Red Velvet yang juga dilayer & disaluti dengan cream cheese... emmmm... yummy


Kek berbentuk masjid yang paling atas tu gabungan kek Red Velvet & kek Blueberry Choc... Wani nak sangat kek kawennya berbentuk masjid... terpaksa la bersengkang mata nak siapkan keknya ini...

Selamat Pengantin Baru buat Wani & Incik Jung... semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat, amin!!!






Wednesday, March 28, 2012


WEDDING CAKE : FONDANT


Kek fondant yang beratnya hampir 5kg ditempah oleh Shida sempena perkahwinan adik lelakinya... kaler tema ~ putih pink

Kek kat dalam tu kek blueberry choc... kek chocolate 3 lapis yg dilayer dengan 2 lapisan blueberry filling. Rasa masam2 blueberry akan seimbang dgn rasa manis salutan fondant kat luar tu..


Deko di penjuru kek...


Selamat Pengantin Baru... Rizal & Tini... semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. amin!!!

Monday, February 14, 2011

2 TIERS FONDANT WEDDING CAKES


Kek fondant 2 tingkat ni, Azliawati dari Kelulut, Marang yang order untuk acara memotong kek di hari persandingannya pada 12 feb 2011. Azlia order kaler putih & pink...

Azlia ada bagi gambar sample untuk wedding keknya, tapi saya x ikut bulat2 nanti dituduh ciplak pulak.. saya design ikut kreativiti sendiri tapi masih ambil kira citarasa Azlia yang nak ada rimbunan bunga & frill yang berjurai dari tingkat atas ke bawah kek...

Sudut pandangan sebelah belakang... juga cantik menarik...


Semoga Lia puas hati dengan kek yang Kak Na buat ni ya...
Selamat Pengantin Baru khas buat Lia & Zamri, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat, amin

Thursday, February 10, 2011

KEK FONDANT
OHHH
KEK FONDANT!!!!


Baru aje duk kat kampung dah dapat order kek fondant untuk hantaran perkahwinan... alhamdulillah... Kak Ani, dari Gong Badak order kek ni sempena perkahwinan anak lelakinya.

Kek choc moist bila dibalut fondant tak le manis sangat kan.... tema kaler kek ni pink + biru.

Kek ni pun Kak Ani yang order jugak, oooo... Kak Ani order untuk kedua2 belah pihak pengantin la...


Kek kat dalam pun kek choc moict.. kaler temanya oren...