Tuesday, August 9, 2011


CooKies & ChoColates RaYa 2011


Lovely Basket - himpunan 6 jenis cookies pelbagai rasa & rupa dalam satu bakul pastri... bakulnya tu pun boleh dimakan ya...

RM 40

Lovely Basket - sesuai dijadikan hadiah di musim perayaan kepada ayahanda, bonda keluarga mertua, sanak saudara, bos @ kawan2... juga sesuai dijadikan hantaran perkahwinan @ pertunangan... biasa la kan.. musim raya ramai yang melangsungkan majlis pertunangan @ perkahwinan...

Almond Choc Chips
~ cookies yang rangup, bertatahkan badam cincang, kepingan cornflakes, chocolates chips & rasa coklat yang kaw-kaw. Di atasnya dihias lorekan royal aising putih yang menambah seri...

RM 24 ~ 45 pcs /container


Daisy Pineapple Tart
~ tart ni adik-beradik dgn Tart Gulung kerana rasanya yang seiras tapi ia lagi ayu krn berbentuk bunga daisy. Penggemar Tart Gulung mesti mengemari tart ni!!

RM 24 ~ 50 pcs / container

Crunchy Oatflakes
~ cookies ni x boleh direject... setiap tahun mesti buat kerana ia mendapat sambutan terhangat. Rasa oat & cornflakes yang rangup, tidak muak menyebabkan ramai yang menggemarinya...

RM 23 ~ 50 pcs / container

Cashew Choc Marble
~ cookies yang sedap, rangup dengan kepingan cornflakes & cashewnut... disirami dengan coklat yang bercorak marble... nice!!!

RM 24 ~ 50 pcs /container

Tart Nangka Floral
~ haaa... inilah Tart Nangka yang disebut2 oleh kawan2 saya yang mereka sering terkenang2kan kesedapannya kerana mereka pernah makan ketika kami di zaman sekolah dulu2. Tapi saya dah 'solekkan' tart ni menjadi lebih anggun dgn bentuk floral.

RM 23 ~ 50 pcs / container

Tasty Crispy
~ cookies diadun mesra gabungan toasted coconut, nestum & cornflakes... boleh imaginkan rasanya... emmm sedap wangi. Dihias dgn royal aising 'pink kaler'...

RM 22 ~ 50 pcs / container

Homade chocolates... with filling inside
~ left to right : yummy strawberry, fresh mint, crunchy crispy (cornflakes) & sweety orange...

RM 12 ~ 16 pcs / container

KEK BAKUL


Selain hantaran berbentuk pastri bakul, ramai juga yang suka kek berbentuk bakul sebagai hantaran majlis pertunangan @ perkahwinan...

BIRTHDAY CAKE


Kak Malina order kek ni sempena birthday anak bongsunya Tasha...

Sekeliling kek tu dihias dengan cupckaes... sebab Tasya berumur 6 tahun, saya hias kek ni dgn gula2 smarties.. budak2 mesti suka bila tgk gula2 bulat kecil yang bermacam2 kaler ni...


Happy Birthday Tasya...

PASTRI-PASTRI UNTUK HANTARAN


Pastri Bakul Bertangkai.... dalam bakul tu penuh diisi dgn cookies berbentuk buah-buahan beraneka rasa, rupa & warna. Menarikkan!!!

Yang ni Bakul Pastri tanpa tangkai...

Pastri Udang Galah... pastri yg dibentuk spt udang galah.. kat dlm badan udang tu diletak serunding daging...

Pastri2 ni semua amat sesuai untuk dijadikan hantaran sama ada majlis perkahwinan @ pertunangan.. nak jadikan hadiah kat seseorang spesel pun "canteek"...

CUPCAKES FONDANT


Cupcakes fondant yg kiut miut ni, Roslina Ghazali order sempena majlis pertunangan anak saudaranya... cantikkan kaler temanya merah + putih, manissss jer...

Cupcakes ni dihias bumga2 kecik & rama2.. spt rama2 di taman bunga gitu... hehehe

BARBIE DOLL CAKE

Sempena birthday anak perempuan saya Dina Syakira yang ke-6 pada 24 Mei yg lepas, saya telah penuhi permintaannya utk buat kek birthdaynya berbentuk Barbie Doll. Sejak tahun lepas lagi Dina minta saya buatkan tp x berkesempatan sehinggalah ia dapat ditunaikan tahun ni, alhamdulillah.,

Barbie Doll pakai gaun kaler pink, kaler kesukaan Dina...

Selain kek Barbie Doll saya buat juga cupcakes sampingan...


Ini dia kek birthday Dina... kek Barbie Doll & dikelilingi cupcakes yg ditulis nama2 guru & kawan2 sekelas Dina... oh ya.. Dina celebrate birthdaynya kat sekolah...

Barbie Doll tu saya buat kek sponge chocolate & dilayer dgn filling blueberry.. best gitu... cupcakes pulak kek sponge vanila & sponge choc yg gebu & lembut...

Happy Birthday Dina Syakira... mama doakan agar kakak menjadi anak yg solehah & beroleh kejayaan di dunia & akhirat... amin!!!

PULUT KUNING


Maiza order pulut kuning ni sempena anniversary perkahwinannya yg ke-6. Maiza pilih lauk ayam kerutuk utk dipadankan dgn pulut kuning ni. Memang sedap makang pulut kuning berlaukkan ayam kerutuk, lauk gulai ikan tongkol pun sedap...

Nasi Mandy... lazizzz!!!

MiMi CooKies Delight melebarkan sayapnya dengan menbuat bisnes Nasi Mandy ... lazizzz!!!...

Sebelum ni saya hanya memasak & hidangkan Nasi Mandy kpd tetamu yg bertandang ke rumah. Setelah mendapat komen positif drpd mereka, ramai yg kata Nasi Mandy yg saya masak sgt2 sedap, maka saya memberanikan diri utk mengkomersialkan ia lebih2 lagi skrg bulan Ramadhan... bulan yg boleh wat duit kata orang.. hehehe

Alhamdulillah, ia mendapat sambutan yg menggalakkan. Ramai yg customer beli 1st time, ulang beli lagi pada hari2 berikutnya... ini maknanya Nasi Mandy ini memang sgt2 lazizzz (sedap!!!) Malah dah ada yg booking utk dijadikan juadah berbuka pose kat surau & hidangan kat majlis open house raya nanti.

Saya belajar masak Nasi Mandy yg dikenali jgk sebagai Nasi Arab ni dgn jiran yg berasal dr Arab Saudi... malah salah satu rempah yg digunakan utk masak Nasi Mandy ni, diimport khas dr Arab saudi.. kat Malaysia ni mmg x jupe rempah tu wlp di kedai2 rempah herba Arab...

Ini la rupa Nasi Mandy yang saya masak... Ia dimasak menggunakan beras basmathi bersama 8 jenis rempah asli terpilih, dimakan dengan ayam yang lembut dibakar wangi, juga salad / acar & sambal cili... resepi asli dari Arab Saudi.. makan sekali pasti nak lagi.. emmm walla!!!

Bulan Ramadhan ni saya berniaga di gerai kat Padang Midin, depan Butik Pengantin Seri Impiana, seberang jalan depan SM Padang Midin, dr Pengadang Baru ia sebelah kiri... boleh juga ambik kat rumah saya di Kg Pulau Rusa... (untuk mereka yg tinggal di Kuala Terengganu & kawasan2 sekitarnya la yg blh order ni)

Sesiapa yg berminat nak order untuk try rasa @ utk majlis2 tertentu blh contact saya 012 9797344...

RM 6 jer sebungkus.. murahkan!!!