Thursday, March 31, 2011


LOVELY BASKET ~ TART NANGKA

Sebagai hantaran untuk majlis perkahwinannya, Ieda Rahman minta saya buat Lovely Basket spesel ni... dalam bakul tu diisi dengan Tart Nangka yang sedap & cantik...

Pandangan atas... tangkai bakul dihias bunga2 kecik comey membuatkan Lovely Basket ni kelihatan semakin "lovely" & menarik...

Lovely Basket yang xde tangkai ni, Ieda order untuk dimakan... Tart Nangka sedap & bakulnya pun sedap...

Selamat Pengantin Baru untuk Ieda & Aiman...

CUPCAKES UNTUK DOOR GIFT

Sempena hari perkahwinannya pada 19 Mac 2011, Ieda Rahman dah order cupcakes buttercream ni untuk dihadiahkan kepada tetamunya... Deco yang Ieda pilih ialah "Tuxedo & Kebaya"..

Cupcakes yang dah siap dideco, sedia dimasukkan ke dalam container..


Selamat Pengantin Baru Ieda Rahman & Aiman.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, amin!!!
BLUEBERRY CHEESE CAKE LAGI!!!!

Sempena birthday puteri bongsunya yang kiut miut tu, Aunty Fatty order sekali lagi Blueberry Cheese Cake yang menjadi kegemaran mereka seisi keluarga. Kali ni saya letak blueberry agak mewah kat dalam aduanan cheesenya & juga kat atas kek tu.. biar nanti Bufday Girl, cik Sarah Fatini makan kek ni dengan penuh nikmat.. hihihi..

Selain sebiji kek bersaiz 9" @ 1 1/2 kg yg Aunty Fatty order, saya juga buat extra untuk bonda yang sememangnya amat menggemari kek ni & sebiji kecil untuk anakanda2 & hubby... x kang nak biarkan mereka tengok jer Blueberry Cheese Cake yg amat "yummy" ni yg diorder tanpa ada bahagian untuk mereka kan???
CHOC BANANA MUFFIN


Kebetulan bonda bagi pisang jelai berangan, rajin pulak rasanya nak buat muffin pisang.. maka terhasillah Choc Banana Muffin ni.. nak bagi sedap lagi selain campur dengan chocolate emulco, kat atas muffin tu saya tabur choc chips & juga almomd nibs...



Muffin yang gebu.. keesokan harinya pun masih tetap gebuuu...
KEK BUAH KUKUS

Kek Buah Kukus ni, Mak Cik Yah dr KL yg order... secukup rasa & keknya pun lembap x kering...