Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

Saturday, November 24, 2012


2 TIERS WEDDING CAKE (STACKED)


Kek 2 tingkat (stacked)... kaler tema putih pink



Na Wakaf Tengah order kek ni.. feed back Na kut sms "suka sangat, ramai yang puji cantik..."



3 TIERS WEDDING CAKE :
CAKES + CUPCAKES



Kek tingkat atas... Ummie & Alan nak ada Bride & Groom Cake Topper...


Tingkat tengah...


 Tingkat bawah - cupcakes



Tingkat atas...


Tingkat tengah...


Tingkat bawah - cupcakes


CHOC BLUEBERRY CAKE


Ramai yang suka sangat dengan kek Choc Blueberry ni, sebab dia tak muak... Kat tengah dilayer dengan filling blueberry dan kat atasnya ada lagi topping blueberry.. emmm..


Ni kek birthday yang Cikgu Asilati order sempena birthday anaknya Alissa...


Happy birthday Alissa... semoga suka dengan kek birthday ni..




Monday, September 24, 2012


KEK BIRTHDAY BARBIE DOLL



Kek Barbie Doll yang kaler pink ni Harzlen Harun order khas untuk birthday adik bongsu kesayangannya Lysa...


Kek kat dalam tu adalah kek Blueberry Choc...



Harzlen bagitau, Lysa amat2 suka akan kek birthday Barbie Dollnya ini...
Happy 9th Birthday untuk Lysa...




KEK KAWEN FONDANT...


Kek Kawen Fondant 3 tingkat, gabungan 5 biji kek yang pelbagai rupa & rasa... khas sempena perkahwinan adinda tersayam - Mimi Syazwani dengan pasangannya Ridzuan pada 12 Mei 2012.





2 biji kek ni adalah kek Walnut Carrot Moist ... Ramai yang suka kek ni sebab ia ditopping dengan cream cheese... sedaappp tau!!!


Yang ni kek Blueberry Choc... 3 layer kek sponge choc yang gebu dilapisi dengan filling blueberry yang masam2 manis..


kek ni pula kek Red Velvet yang juga dilayer & disaluti dengan cream cheese... emmmm... yummy


Kek berbentuk masjid yang paling atas tu gabungan kek Red Velvet & kek Blueberry Choc... Wani nak sangat kek kawennya berbentuk masjid... terpaksa la bersengkang mata nak siapkan keknya ini...

Selamat Pengantin Baru buat Wani & Incik Jung... semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat, amin!!!






Wednesday, March 28, 2012


WEDDING CAKE : FONDANT


Kek fondant yang beratnya hampir 5kg ditempah oleh Shida sempena perkahwinan adik lelakinya... kaler tema ~ putih pink

Kek kat dalam tu kek blueberry choc... kek chocolate 3 lapis yg dilayer dengan 2 lapisan blueberry filling. Rasa masam2 blueberry akan seimbang dgn rasa manis salutan fondant kat luar tu..


Deko di penjuru kek...


Selamat Pengantin Baru... Rizal & Tini... semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. amin!!!

BLUEBERRY CHOC CAKE


Bila customer nak order kek, mereka aakan tanya kek apa yang sedap... owhh.. banyak tu... antara yang paling sedap saya akan suggest Kek Blueberry Choc ni...


Kek Sponge Choc yang gebu dilayer dengan blueberry filling, disalut dengan buttercream yang lemak2 manis x muak & akhirnya kat atas kek tu letak topping blueberry filling lagi... Rasanya SODAPPPP... x muak...

Kek 4 kg ni Ani order sempena Majlis Perkahwinan anak saudaranya ~ upacara memotong kek.


Kek ni pulak Shida order untuk celebrate birthday studentnya... wahhh... baiknya Puan Lecturer ni...
Dulu Shida dah tempah kek Blueberry Choc ni semasa perkahwinan adik lelakinya, sebab sedap katanya jadi sbb tu la Shida order kek ni lagi... terima kasih ya Shida...

KEK PENGANTIN BARU...


1st tier... kaler tema pink hijau.

Puan Salmah, dari Durian Burung order kek 2 tingkat untuk acara memotong kek di Majlis Perkahwinan anaknya Ayu.


2nd tier...
Kek 2 tingkat ni saya buat contrast kaler... kalau yg 1st tier kek kaler pink lace hijau, yang 2nd tier saya tukar kek kaler hijau lacenya pink.. biar nanpak kelainan sikit...


Kek untuk hantaran dari pengantin perempuan kpd pengantin lelaki... bentuk hati... masih kaler temanya pink hijau...

Tuesday, March 27, 2012


RED VELVET

Kek Red Velvet ni antara kek yang glamour sekarang... tekstur keknya yang lembab gebu serta dilayer & topping dengan cream cheese adalah antara faktor yang membuatkan kek ini digemari ramai...

Kek Red Velvet ni Fajar order sempena birthday ayahandanya...


Kek yang besar ni saya buat khas untuk bonda yang amat menggemarinya... deco topping camni sbb nak habiskan cream cheese kaler merah lebihan wat tulisan kek Fajar tu...

Macam matahari la puloks... so nama kek ni Kek Red Velvet Bila Mentari Menyinari... hahaha


kek setelah dipotong...


...kalu sepotong jer x cukup ni...

Saturday, January 7, 2012

BARBIE DOLL CAKE

Kek Barbie Doll mmg cantik jika dijadikan kek birthday anak perempuan... mesti birthday girl suka & tetamu pun geram melihatnya... soooo sweeeet!!!

Gaun barbie dibuat dgn kek sponge chocolate yg dilayer dgn blueberry filling... cupcakes pulak berperisa vanila & chocolate..

Happy birthday utk Husna Maisarah!!!

KEK BLACKBERRY

Nani order kek berbentuk Blackberry untuk dihadiahkan sempena birthday Mr S nya... Nasib baik Nani siap bagi gambar Blackberry supaya saya senang nak decorate keknya...


Ucapan ditulis atas cupcakes... semoga Mr S suka dgn kek blackberry yg Nani hadiahkan ini..
KEK + CUPCAKES ANNIVERSARY

Kek anniversary ni Mumtazimah dr Teluk Pasu yang order sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke 10.

Sekeliling kek disusun cupcakes yang ditulis tahun2 perkahwinan & nama2 anak yang lahir pada tahun2 tersebut...

Mumtazimah pilih choc moist cake tp dia nak kek tersebut dihias dgn buttercream putih & merah... gandingan kaler yang cantik tu!!!
Cupcakes pulak berperisa choc ...


Happy Anniversary 10th utk Mumtazimah & Mr R... semoga bahagia sokmo.. amin!!!
CHOC MOIST CAKE with topping STRAWBERRY & PEACH
&
BANANA CHOC CAKE


(kiri) ~ kek Choc Moist dgn topping strawberry & peach... kek coklat lembap yg sedap... lagi sedap kat atasnya ada strawberry & peach

(kanan) ~ kek Banana Choc... kek coklat yang dilayer dgn pisang...
RED VELVET

Kek Red Velvet ni cik Rania order utk majlis makan2 Happy New Year opisnya...
keknya yg lembut moist sedap dilayer dgn cream cheese & dibaluti tebal dgn cream cheese, mmg sedap2 sgt terutama bila disejukkan dlm fridge dulu

Maafla x dapat tengok bahagian dalam kek @ kek dah dipotong... ni kek orang order saya xleh potong... cik Rania pun lupa nak ambik gambar kek ni yang dah dipotong sbb sedap ngat duk makan2...


MACAM-MACAM KEK ADA....



Budak-budak memang suka watak animasi dlm tv... yang ni kek Ipin Upin


Kek birthday ni dihias dgn sugar animal... bila Aqilah tengok kek ni dia geram kat panda & rumput2 yang menghijau tu.. hehehe


Kek Angry Bird - dideco guna buttercream...

Pelbagai jenis dekorasi kek, boleh pilih yang mana suka...

BLUEBERRY CAKE

Kek Blueberry ~ kek sponge coklat yang lembut gebu dilayer dgn filling blueberry. Setelah itu keknya disalut buttercream yg lemak berkrim yang disukai ramai, kemudian kat atas kek dilapisi sekali lagi dgn filling blueberry... membuatkan rasanya sedap... manis2 masam gitu...

Kek ni Alang dari Manir order sempena majlis pertunangannya. Selamat bertunang Alang.. maaf x dapat join rombongan peminangan tu.. insyaAllah Majlis Kawin nanti moksu join ya...


Yang ni pulak Achik order utk majlis pertunangannya dgn Nurul... kek blueberry jugak... Selamat bertunang buat Achik Faris & Nurul...

Kek bentuk hati cantik dijadikan hantaran sama ada utk pertunangan @ perkahwianan... bentuk hati kan lambang cinta yang membara.. cheewahhh!!!

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Blueberry Cheese Cake ni saya buat khas utk anak2 sedara saya - Aiman, Adam, Amir & juga adik saya Mimi Nadhira... sebab Amir sgt2 sukakan Angry Bird jadi saya hias atas kek ni edible image Angry Bird..

Selamat Hari Ulang Tahun buat Aiman (13th), Adam (9th), Amir (4th) & juga Aka (21st)... semoga kalian bahagia sokmo & suka kek ni..



Kek ni Afifah order sempena majlis perpisahan salah sorang office-matenya... Afifah bagitau kek ni sedap mcm kek Secret Recipe je.. hahaha

Lepas geng2 office-matenya makan kek ni ada yang order lagi sbb katanya sedaaappp!!!

Tuesday, August 9, 2011


KEK BAKUL


Selain hantaran berbentuk pastri bakul, ramai juga yang suka kek berbentuk bakul sebagai hantaran majlis pertunangan @ perkahwinan...

BIRTHDAY CAKE


Kak Malina order kek ni sempena birthday anak bongsunya Tasha...

Sekeliling kek tu dihias dengan cupckaes... sebab Tasya berumur 6 tahun, saya hias kek ni dgn gula2 smarties.. budak2 mesti suka bila tgk gula2 bulat kecil yang bermacam2 kaler ni...


Happy Birthday Tasya...