Saturday, January 9, 2010

COOKIES





Arabian Nights

Ni Biskut Arab le... sedapnya dengan filling peanut blend kat dalam. Ia bukan aje sedap tapi cantik dengan gabungan 3 kaler & disalut gula kastor. Semua generasi suka biskut ni, x kira kanak-kanak, dewasa mahu pun orang tua pasti sukakannya. Ia merupakan antara biskut yang "ngetop" mendapat order dari customer. Lepas raya pun ada lagi yang order... agaknya x puas makan dulu...




Crunchy Oat Flakes


Haa... ni la cookies yang paling laris mendapat tempahan masa raya lepas. Rasanya x muak, makan 1 nak lagi...dan lagi...dan lagi... sebab kandungannya xde tepung...cuma oat & cornflakes serta gula. Ceri merah & hijau kat atasnya pulak menambah seri..


Cashew Choco


Penggemar coklat pasti suka cookies ni... nak tau tak... rasanya lagi "walla" dari Biskut Almond London. Cookiesnya lazat sebab di masukkan cornflake...disiram dengan cooking chocolate, kemudian dihias dengan gajus & manik hundred thousand. Emmm...yum...yum...




Pineapple Roll


Lembutnya Pineapple Roll ni.. melted dalam mulut... bertambah lazat adanya jem nenas yang masam-masam manis. Maaf le... Pineapple Roll yang sedang 'berposing' dalam gambar kat atas tu.. kurang jelita sebab ia kena tangkap muat... gambar ni diambil lepas raya, tu je yang ada, xleh nak pilih yang comey2. Walaupun gitu, rasanya ummph!!!


Ungu Violet


Biskut Ungu Violet ni sama jenis dengan Mama Carries, tapi ia lagi sedap sebab berperisa keladi... sebab tu lah toppingnya kaler purple. Rangup...sedap... comey dengan hiasan manik hundred thousand...




Cornflakes Almond


Sedap ... rangup... rasa cornflakes + badam. Ada coklat chips lagi tu kat atasnya sebagai hiasan & penambah rasa...



2 comments: