Friday, February 26, 2010

FANCY COOKIES


Home sweet home... fancy cookies ni Ani yang order sempena birthday anaknya... nak letak dalam goody bag then bagi kat kawan-kawan anaknya... selain rupanya yang menarik, rasanya pun sedap tau...cookies rumah ni bersaiz 2 inci


Fancy cookies ni akan dipacked dalam plastik transparent, sealed & ikat dgn reben. haaa... cantik le dijadikan cenderamata @ item dalam goody bag sempena birthday party, pertunangan, perkahwinan @ majlis potong jambul...



Bentuk, saiz & harga :


4 inci - bear RM 1.80
3 inci - christmas tree, ekor merak RM 1.20
2 inci - rumah RM 0.80

Friday, February 19, 2010

CUPCAKES


So cute... Sesuai untuk birthday anak-anak... cupcakes dihias dengan sugar animal yang boleh dimakan...



Cutie in the Garden.... sesuai untuk birthday anak-anak...




Pelbagai pilihan kombinasi kaler boleh dipilih... mengikut citarasa sendiri...


Selingan antara sugar animal & decorated sugar... menjadikan cupcakes bertambah meriah...

Cupcakes Sugar Animal : RM 26 / box / 25 pcs


Cupcakes floral... kombinasi kaler pink & light purple...




Cupcakes floral ... kombinasi kaler pink & kuning... sweetnya...

Cupcakes Floral : RM 22 / box / 25 pcs



Cupcakes... red floral...




Cupcakes : special floral...



Pelbagai design & kaler ada... pilih aje...
Cupcakes Special Floral : RM 24 / box / 25 pcs


Cupcakes... roses decoration...



Cupcakes : smiley...



Cupcakes : Smiley...



Cupcakes : funny faces...
Cupcakes cartoon/smiley : RM 22 / box /pcs

Wednesday, February 17, 2010

TART NANGKA IN LOVELY BASKET




Tart Nangka in Lovely Basket ni diorder oleh Kak Nik, Sri Damansara sempena pertunangan anaknya pada 15 Feb 2010. Kak Nik lebih suka Tart Nangka berbanding cookies @ cupcakes. Ia sesuatu kelainan dari kebiasaan... & Kak Nik juga bagi idea agar Tat Nangka yang atas tu dibuat ala-ala pai, ada tudung & diletak hiasan kaler pink sedondong dengan warna tema majlis pertunangan anaknya. Saya amat menghargai pandangan & idea bernas dari pelanggan & akan memenuhinya sebaik mungkin.
Terima kasih Kak Nik... nanti boleh order lagi ya...



Lovely Basket ni boleh diisi dengan pelbagai pilihan pelanggan sama ada cookies, cookies buah-buahan, cupcakes buttercream @ fondant cupcakes, tart, pie dan lain-lain mengikut pilihan masing-masing.



Pandangan dari atas... menarik... simple but nice...




Lovely Basket ni dibalut dengan plastik lembut untuk mengekalkan kerangupan, aroma & kebersihan. Ia juga tidak mudah rosak, jadi sesuai dijadikan hantaran majlis perkahwinan @ pertunangan yang jarak antara rumah pengantinnya jauh.
Price : RM 65

Tuesday, February 16, 2010

FONDANT ICING CUPCAKES

Syukur alhamdulillah, hajat hati yang berkobar-kobar nak buat cupcakes guna fondant icing tercapai apabila Huda order cupcakes ni sempena majlis pertunangannya 13 Feb. lalu. Ini 1st time saya buat cupcakes fondant & inilah hasilnya... Dalam kepala banyak lagi design2 yang cute2 yang saya nak apply kat cupcakes ni guna fondant icing... tunggu order seterusnya lah... yang confirm cuti sekolah bulan Mac nanti dah ada yang menunggu... x sabar nak buat fondant kaler purple pulak.. Selamat Bertunang diucapkan buat Huda & Nazrul... nak kawin nanti boleh order lagi...hahaha...
Price : RM 60 / 25 pcs

Monday, February 8, 2010



Cupcakes




Ni cupcakes 16, mix decoration. Kawan Ati yang order nak 30 biji, so letak dalam kotak 8 " yang boleh muat 16 biji. Saya letak juga sebiji cupcake yang deconya edible image Sponge Bob sebagai promosi. mana tau ada yang berminat nak order cupcakes pesen gitu pulak...

Cupcakes mix : RM 27 / box / 25 pcs





Ha.. cupcakes yang glamour sekarang - edible image. Macam-macam gambar yang boleh pilih : Barbie, Ben 10, Spideman, Pooh, Mickey Mouse dan banyak lagi mengikut kesukaan masing-masing. Budak-budak le suka cupcakes yang ada gambar camni... Ni saya buat untuk anak.. mereka minat sangat kat Sponge Bob. Lepas ni minta mamanya buat cupcakes yang ada gambar Tigger & Pooh pulak, boleeehhh...

Cupcakes edible image : RM 30 / 25 pcs



Cupcakes yang diorder oleh kawan Ati... thanks Ati, kerana tolong promosi bisnes I... ada komisen untuk you, jangan risau adikku... hahaha...

Cupcakes mix buttercream : RM 22/ 25 pcs