Friday, January 15, 2010


CAKE



Chocolate Moist Cake with banana layer


Kek Coklat Moist ni, saya buat khas sempena birthday my dear hubby. Asalnya nak buat Kek Coklat Moist jer, tapi bila tengok mms yang adik kat kampung sent dia wat layer dgn banana, nampak sedap pulak... macam kat Secret Recipe tu... so saya try buat jugak. ini lah hasilnya... Try le rasa... 'walla...



Chocolate Moist with banana layer

Ha.. ni pasang le lilin dulu sebelum nak potong kek... bukan apa...
suka-suka ikut permintaan anak-anak... biasa la budak2... kalu birthday cake xde lilin x sah...




Chocolate Moist Cake with banana layer

Sedapnya... boleh nampak layer kat tengahnya... banana + choc cream... emmm..



Inilah 1st step nak buat Chocolate Moist Cake with banana layer. Kek dipotong dulu supaya dapat layer dengan banana & choc cream. Seeloknya buat double layer... lagi sedap, terasa pisangnya.. tapi disebabkan stok pisang terhad, saya buat 1 layer jer.




Next....sapu choc cream & susun pisang ...




Lapiskan dengan kek kat atasnya...





Last sekali, sapu chocolate topping pada seluruh kek... boleh tabur chocolate rice pada bahagian tepi kek... dan bolehlah hias mengikut kreativiti masing2...


Chocolate Moist Cake round 7" : RM 35


Chocolate Moist Cake with banana layer round 7" : RM 42



Cheese Cake

Yum... yum...yum... Cheese Cake (orange flavor) sedapnya bila makan sejuk2. Saya suka masukkan zest orange + juice orange dalam Cheese Cake supaya x muak sangat rasanya... lagi pun rasanya bertambah lazat dibandingkan dgn plain gitu jer. Nak letak lemon pun boleh...



Cheese Cake

Terliur pulak tengok Cheese Cake yang dah dipotong ni... nak makan sendiri buat tebal pun tak pe... hehehe...




Siapa nak Cheese Cake ni??? ehem..ehem... boleh order... sedap... mak saya yang x suka makan cheese pun boleh suka Cheese Cake ni. Dulu saya beli Cheese Cake kat Secret Resipi bagi mak rasa... tapi mak cakap Cheese Cake yang saya buat lagi sedap... ya ke??? (Saya x reka ni...mak yang cakap...)

Cheese Cake round 7" : RM 40



Walnut Carrot Cake with Cream Cheese Topping

Cubaan pertama buat Walnut Carrot Cake with Cream Cheese Topping... sebelum ni asyik beli kat Secret Recipe jer... teringin le nak buat sendiri. Alhamdulillah ... sedap, cuma keknya xleh tebal sangat, nanti x padan pulak dengan toppingnya... Never mind, next time will do it better...

Walnut Carrot Cake with Cream Cheese Topping round 7" : RM 42

PIE


Apple Pie ( regular size )

Apple Pie yang bersaiz regular ni, selain tujuan untuk makan, ia amat sesuai dijadikan buah tangan, hantaran pertunangan @ perkahwinan. Fizikalnya yang tidak mudah rosak, amat praktikal jika jarak antara lokasi rumah pengantin terletak jauh... kiranya pengganti kek aising le ni... kek kan mudah rosak tapi tidak pie ni.



Apple Pie

Ha... camni lah rupa Apple Pie bila dah dipotong. Jelas kelihatan inti applenya yang manis bersari...yummmy......



Apple Pie

Ha... ni pulak saya servekan untuk cik abang... toleh kali pertama, cik abang tengah makan sambil suap2kan untuk anak2 jugak. Toleh kali kedua dah licin... nak tambah lagi... sedap tu...



Apple Pie (Mini)

Ni Apple Pie bersaiz mini... sesuai untuk dihidangkan dalam majlis jamuan... senang sorang boleh ambik satu, xyah nak potong...



Apple Pie ( regular size & mini size )

Kedua-duanya rasa sama cuma saiz yang berbeza...

Regular size 9 " : RM 26

Mini size : RM 1 / pcs

TART





Tart Nangka & Tart Strawberi

Tart nenas dah selalu makan kan??? Ha.. ni dia Tart Nangka...special sikit, jemnya buatan sendiri... homemade!!! X de jual di kedai... rasanya sedap, manis & harum aroma nangka. Ia tahan lama jika disimpan dalam bekas kedap udara...2 - 3 bulan pun tahan tau!!!


Tart strawberi pun sedap... kalernya menarik. Tart blueberi pun ada... tapi x de lah pulak gambarnya kat atas ... takpe... sama jer dengan tart di atas cuma fillingnya lah kaler biru purple...





Tart Nangka


Tart Nangka ni saya buat sebab anak-anak nak makan. Mereka suka sangat makan tart ni. Keluar dari oven jer dah datang mintak... habis makan..mintak lagi... apa taknya... rasanya sedap...!!!

Tart nangka : RM 0.50 / pcs



Egg tart

Pastri yang rapuh dengan filling telur yang enak manis...eemmm... sedapnya.




Egg Tart


Sesiapa yang tengok mesti nak rasa... bila dah rasa..mesti nak lagi..dan lagi... hehehe...

Egg Tart : RM 0.60 / pcs

CREAM PUFF




Cream Puff


Pastri yang lembut gebu dengan filling custard yang lemak manis... pasti menggamit selera anda. Makan 1 pasti x cukup tau...




Cream Puff


Rupa cream puff yang saya buat ni lain sikit..sebab guna nozzle untuk bunga dahlia... dah cari nozzle cream puff di merata2 kedai x jupe. Tak pe le kan... asalkan rasanya sedap...menggelembung gebu...intinya lemak manis...ha...itu syarat utama untuk cream puff... bukan rupanya kan!!!
Cream Puff : RM 0.50 / pcs

Saturday, January 9, 2010

COOKIES





Arabian Nights

Ni Biskut Arab le... sedapnya dengan filling peanut blend kat dalam. Ia bukan aje sedap tapi cantik dengan gabungan 3 kaler & disalut gula kastor. Semua generasi suka biskut ni, x kira kanak-kanak, dewasa mahu pun orang tua pasti sukakannya. Ia merupakan antara biskut yang "ngetop" mendapat order dari customer. Lepas raya pun ada lagi yang order... agaknya x puas makan dulu...




Crunchy Oat Flakes


Haa... ni la cookies yang paling laris mendapat tempahan masa raya lepas. Rasanya x muak, makan 1 nak lagi...dan lagi...dan lagi... sebab kandungannya xde tepung...cuma oat & cornflakes serta gula. Ceri merah & hijau kat atasnya pulak menambah seri..


Cashew Choco


Penggemar coklat pasti suka cookies ni... nak tau tak... rasanya lagi "walla" dari Biskut Almond London. Cookiesnya lazat sebab di masukkan cornflake...disiram dengan cooking chocolate, kemudian dihias dengan gajus & manik hundred thousand. Emmm...yum...yum...




Pineapple Roll


Lembutnya Pineapple Roll ni.. melted dalam mulut... bertambah lazat adanya jem nenas yang masam-masam manis. Maaf le... Pineapple Roll yang sedang 'berposing' dalam gambar kat atas tu.. kurang jelita sebab ia kena tangkap muat... gambar ni diambil lepas raya, tu je yang ada, xleh nak pilih yang comey2. Walaupun gitu, rasanya ummph!!!


Ungu Violet


Biskut Ungu Violet ni sama jenis dengan Mama Carries, tapi ia lagi sedap sebab berperisa keladi... sebab tu lah toppingnya kaler purple. Rangup...sedap... comey dengan hiasan manik hundred thousand...




Cornflakes Almond


Sedap ... rangup... rasa cornflakes + badam. Ada coklat chips lagi tu kat atasnya sebagai hiasan & penambah rasa...



LOVELY BASKET
Lovely Basket (Large)
Diameter : 25 cm, height ; 8 cm (65 pcs of cookies)
Gabungan 6 jenis biskut yang beraneka rasa, warna & bentuk. Memang sesuai dijadikan hantaran pertunangan @ perkahwinan... akan kelihatan ceria di atas dulang hantaran. Elok juga dijadikan buah tangan untuk keluarga, sedara mara & kawan-kawan... mesti mereka gembira menerimanya..

Lovely Basket Large : RM 65

Lovely Basket (Medium)

Diameter : 21 cm, Height : 8 cm ( 50 pcs of cookies)

Lovely Basket ni, saiznya kecil sedikit dari yang pertama tadi... kecil saiz & kurang sedikit kuantiti cookies di dalamnya. Boleh pilih saiz mana yang disukai... Harganya pun mestilah berbeza..

Lovely Basket Medium : RM 50


Fruits In Lovely Basket


Biskut yang dibentuk pelbagai jenis buah disusun indah dalam Pastri Bakul. Pelbagai warna & rasa pasti menarik perhatian ramai. Ia amat sesuai dijadikan hantaran pertunangan & perkahwinan. Tidak mudah rosak menyebabkan ia jadi pilihan berbanding kek aising sekiranya lokasi majlis antara pasangan terletak agak jauh antara satu sama lain..contohnya orang Johor nak kawin dengan orang Kedah... jauh tu.. so Fruits in Lovely Basket ni pilihan terbaik...x perlu risau kerana ia tidak mudah rosak ketika dalam perjalanan.



Fruits In Lovely Basket

Dalam bakul ni, macam-macam rasa & warna ada... . pilih nak makan yang mana satu ...



Fruits In Lovely Basket

Biskut-biskut yang diolah bentuk buah-buahan pasti menarik minat semua terutama kanak-kanak..

Fruits in Lovely Basket : RM 65


Biskut Dalam Bentuk Buah-buahan

Inilah biskut-biskut yang saya buat dalam pelbagai bentuk buah-buahan & pelbagai rasa. Ambik masa jugak nak buat ni...kena sabar & kreatif. Biskutnya kena bakar elok supaya ia tidak lemau @ masak tak sempurna, supaya ia rangup & sedap saya masukkan cornflakes blend ke dalam adunannya. Bila makan rasa krup-krap gitu..




Cupcakes In Lovely Basket

Biasa kita tengok, cupcakes dalam kotak je.. haa..ni cupcakes special diletak dalam pastri bakul untuk hantaran di majlis pertunangan @ perkahwinan. Ia kelihatan lagi eksklusif gitu... lagi menarik, kan??? Ini Zarien tempah sempena pertunangan adiknya, Wani.



Cupcakes In Lovely Basket

Tengok... bila masukkan ke dalam kotak, ia x akan bergerak... dah kemas dalam basket tu... cun lagi tu..


Cupcakes In Lovely Basket

Dari luar pun boleh nampak cupcakes & tulisannya bila dimasukkan dalam kotak yang ada see-thru window.


Cupcakes In Lovely Basket

Ini Cupcakes In Lovely Basket yang pertama saya buat. Encik Jun yang order, kawannya Zack nak bertunang...


Cupcakes In Lovely Basket

Dari angle tepi... nampak le reben cinonetnya.. xleh buat reben mengepak & berjurai, nanti xngam nak susun cupcakes kat dalam...


Cupcakes In Lovely Basket

Tadaaa... dah sedia untuk diletak atas dulang hantaran, kalu nak cantik lagi & sedondong dengan hantaran lain, hias le bunga @ reben besar kat atas kotak tu....


Cupcakes in Lovely Basket : RM 50

Cupcakes In Lovely Basket

Ni cupcakes yang diorder oleh Cik Biey sempena 10th anniversarynya... Masa ni saya buat bakul bulat kerana belum ada acuan segiempat lagi.. Bila x banyak cupcakes boleh diisi dalam bakul, saya susun selebihnya kat luar bakul... ok gak kan???


Cupcakes in Round Lovely Basket : RM 45