Wednesday, August 4, 2010

CHOCOLATES OH!... CHOCOLATES!!!...


Sekarang ni glamer betul bisnes chocolates... ia mendapat permintaan yang hangat macam goreng pisang panas... Mereka yg mengusahakan bisnes chocolates pun muncul bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. Memenuhi permintaan tersebut, MiMi CooKies Delight jua mempebagaikan variasi produk dengan menampilkan CHOCOLATES....

Siapa yang x geram bila tengok chocolates pelbagai design & kaler ni kan... teruja nak makannya wlp ada yang kata x sanggup makan sebab cantik sangat... hehehe


Chocolates di musim raya... biskut raya dah biasakan.. apa salahnya serikan raya tahun ini dengan chocolates... boleh tulis massage lagi kat atas tu...

Mesti gembira & teruja seluruh ahli keluarga bila dihadiahkan sekotak chocolates camni pada hari raya nanti kan... chocolates pasti menceriakan hari anda.. wah..wah..wah... hahhaha
Selain raya, chocolates juga sesuai sebagai hantaran perkahwinan, pertunangan, hadiah birthday, hadiah kepada sesiapa saja...


Bukan cupcakes aje boleh tulis massage kat atasnya, chocolates pun boleh... pasti gembira seseorang bila mendapat birthday present - sekotak chocolates camni...


Pelbagai design & kaler... filling kat dalam pun bermacam2... ada raisin, almond bib, cashew nut, hazelnut, strawberry....


Macam2 chocolates....


Bunga2 cantik berseri.. berwarna-warni... semuanya chocolates... eemmmmm...


Kalau nak nak hadiahkan kat seseorang... cantik letak dalam kotak chocolates.. ada berbagai saiz/cavity box - (kuantiti chocolates yg boleh dipilih 2, 3, 4, 6, 9, 12, 15, 20, 24, 35....)


Kotak chocolates cantik yg dah siap diikat reben... bertuah sesiapa yang menerimanya.. kenapa x order sekotak chocolates & hadiahkan pada tersayang??? saya sedia menerima tempahannya... hihihihi


Chocolates... oh.. chocolates... yummy!!!



Love shape chocolates... sesuai untuk yang tersayang...
Harga : bergantung kepada filling chocolates & kuantiti...
Kalau sekadar nak makan, boleh packing dalam container plastik, ia lbh murah berbanding dalam kotak chocolates yg cantik tu, yang sesuai dijadikan hantaran @ hadiah.... terpulang kepada pilihan masing2...

Wednesday, July 7, 2010


CooKies & ChoColates RaYa 2010
tempahan dibuka sekarang...!!!


Aidil Fitri Lovely Basket

Haaa.. ini dia Lovely Basket by MiMi CooKies Delight utk RaYa 2010... Lagi special dari last year kerana kali ini ia kombinasi antara cookies & chocolates... .. Dalam bakul tu terdapat 45 psc (cookies & chocolates)... Sempena musim raya, Aidil Fitri Lovely Basket ni dijual dgn harga promosi RM 45.. Normally price RM 50.
Ia amat sesuai dijadikan buah tangan @ hadiah ketika pulang beraya ke kampung untuk mak, mak mertua, sedara mara, bos kat opis, kawan2.. sesiapa saje lah..

Saiznya - diameter : 21 cm, height : 8 cm

COOKIES :

Pineapple Peanut Butter Tart

Sedapnya rasa tart ni... boleh imagine kan... rasa peanut butter yang lazat bercampur rasa jem nenas yg masam manis kat dalam tu... Ia lembut macam tart gulung la.. melted in your mouth... tapi rasanya lagi 'walla' dari tart gulung biasa tu...

RM 24 - 50 pcs/container


Almond Cappuccino Crispy

Cookies yang rangup rasa cornflakes, almond... yang pasti ia sedap & tak muak kerana berperisa cappuccino... deco kat atas cookies pun ceria je kan...

RM 23 - 50 pcs/container

Chocolicious

Cookiesnya mengandungi cornflakes.. bila makan rangup krup krap... disirami coklat yg lazat & ditaburi almond nibs... melengkapkan rasa yang sememangnya delicious... yum...yum...yum...!!!

RM 23 - 50 pcs/container


Crunchy Oat Flakes

Cookies yang paling laris tahun lepas... kerana ia rangup tiada tepung... gandingan idea oat & cornflakes menghasilkan rasa yang sedap... makan 1 nak lagi tau!!!

RM 23 - 50 pcs/container
CHOCOLATES:

Raisin & Nutty Chocs
Ia layer antara dark chocolate & milk chocolate menghasilkan rasa yang sedap... dalamnya ada raisin & almond nibs... Awas kepada penggemar chocolate... makan 1 mesti tak cukup tau!!!

RM 18 - 16 pcs/container


Cashew Square Chocs

Ia layer antara dark chocolate & milk chocolate... kat dalamnya ada cashew nut... emmm sedapnya...

RM 17 - 16 pcs/container

Lovely Hazelnut Chocs

Ia layer antara dark chocolate & milk chocolate... dalamnya ada whole hazelnut... yummy!!!

RM 18 - 16 pcs/container


Strawberry Choc Roses

Gabungan yang sedap... chocolate berperisa strawberry & dark chocolate berbentuk bunga rose yang cute... rasanya emm.. sedapnya... nak lagi!!!

RM 15 - 16 pcs/container


Assorted Chocs

Kalau nak campur chocolates kat atas tu pun boleh... dalam satu container boleh rasa kesemua 4 jenis chocolate dalam Assorted Chocs ni...
RM 17 - 16 pcs/container


Pandangan sisi chocolates dilayer antara dark chocolate dan milk/strawberry chocolate... layer macam ni bila makan tak la rasa terlampau maniskan.. makan 1 nak lagi... dan lagi... dan lagi... bahagianya bila makan chocolate kan!!!



4 jenis chocolates... boleh pilih nak yang mana satu.. nak yang assorted pun boleh...

CooKies & ChoColates RaYa 2010 by MiMi CooKies Delight... sedia menerima tempahan...

Terdapat delivery servis (berserta chargenya sekali la..) bagi order sekitar KL & Selangor... minima order RM 100 ke atas (boleh ajak kawan2 join order...) kalu order sikit x berbaloi la nak g hantar kan...
Mereka yang tinggal sekitar Kuala Terengganu pun boleh order, pick up kat Kg Pulau Rusa... beberapa hari sebelum raya... (boleh runding dengan saya)

* LAST DATE ORDER ---> 11 th AUGUST 2010

Sunday, June 27, 2010

ANNIVERSARY CAKE
(THEME : DUCKLINGS IN THE POND)

Kek ni kawan baik saya, Mohd Nor yang order sempena anniversarynya baru2 ini. Tema decoration keknya, M.Nor minta saya buat yang ada anak itik & kiambang. Jadi saya cadangkan kek tersebut dihias dengan anak2 itik di dalam kolam...
Ada 4 ekor anak itik berenang2 di dalam kolam & di sisi anak2 itik tersebut ditulis tahun2 kelahiran anak2 M.Nor... emmm simbolik tu...


Selain anak itik, bunga kiambang turut mewarnai kolam tersebut... nampak cantik berseri.
"Anak itik tok wi... mandi dalam kolam... kek dihias cantik berseri... nak makan rasa sayang"... cheewahhh!!!


Anak2 itik saya buat pelbagai kaler... ada unsur fantasi.. kalu buat ikut kaler realiti kurang ceriakan...

Anak itik... anak itik... masa tengah buat anak itik ni, anak bongsu saya (2 1/2 tahun) tengok, rengek2 nak seekor, bila saya x bagi, dia merajuk berguling2 kat lantai.. nak tak nak kena korbankan seekor bagi kat dia & buat yang lain.. bukan main suka lagi dia bila dah dapat seekor anak itik.. dia x makan pun, buat main2 jer... hahaha



Pandangan atas...



M.Nor order Choc Moist Cake... kat atasnya decorate dgn tema "ducklings in the pond". Harap M.Nor, isterinya Suri & anak2 sukakan kek ni ...
Happy Anniversary untuk M.Nor & Suri... semoga kekal bahagia ke akhir hayat, amin!!!
CHOCO LATTE... OH... CHOCO LATTE!!!
CHOCOLATE
Sudah lama saya ingin mempelbagaikan produk MiMi CooKies Delight... termasuk chocolate homemade... syukur alhamdulillah akhirnya tercapai jua...
Ini lah hasilnya:


Sebahagian dari coklat2 yang saya buat baru2 ini...


Beberapa design & perisa coklat yang saya buat...


Lovely Strawberry Chocolate



Raisin & Nutty Chocolate



Almond Square Chocolate



Lovely Hazelnut Chocolate



Assorted Chocolate dalam kotak pelbagai saiz...



Assorted chocolate 15 pcs/box



Assorted chocolate 9 pcs/box



Assorted chocolate 4 pcs/box



Assorted chocolate 3 pcs/box



Coklat yang siap dibungkus cantik begini, sesuai dijadikan hadiah.. hantaran perkahwinan @ pertunangan pun sesuai...



Pelbagai saiz & kaler kotak yg ada...


Pelbagai pilihan menarik coklat...

EGG TART & NANGKA TART
IN LOVELY BASKET



Sebakul Egg Tart & Nangka Tart ni diorder oleh kawan baik saya, Mohd Nor untuk isteri kesayangannya sempena anniversary mereka. M.Nor tau wifenya suka makan Egg Tart & Nangka Tart sebab tu la dia order & minta saya letak dalam Lovely Basket supaya nampak special... untuk org yang paling special dalam hidup M.Nor iaitu Suri. Bertuah Suri...
M.Nor ada bagi message yg mengatakan tart tu sgt sedap... bakulnya pun dia makan sambil tengok perlawanan bola World Cup. Hahahaha... bakulnya memang boleh makan... rebennya pun boleh makan...



Egg Tart & Nangka Tart in Lovely Basket dah siap dibalut... tunggu M.Nor jer datang ambik..

Monday, June 7, 2010

FRUITS IN LOVELY BASKET


Sebakul pastri buah-buahan ini amat sesuai dijadikan hantaran sama ada di majlis perkahwinan @ pertunangan.

2 buah Lovely Basket ni Ani Muda dari Taman Medan yang order.


Buah-buahan yang cute kelihatan menarik bila diisi dalam Lovely Basket yang ada 2 reben di sisinya.




Gabungan pelbagai jenis pastri buahan yang berbagai warna menarik perhatian. Ada buah manggis, koko, ceri, cili merah/hijau, mangga hijau/kuning, ceri, labu, dan lemon...


Bila dah dibalut plastik, baru diambil gambar jadi x clear la pulak pastri buah-buahan dlm bakul tu... takpe la masih nampakkan....
Harga : RM 50 (saiz M)
RM 65 (saiz L)