Sunday, June 27, 2010

ANNIVERSARY CAKE
(THEME : DUCKLINGS IN THE POND)

Kek ni kawan baik saya, Mohd Nor yang order sempena anniversarynya baru2 ini. Tema decoration keknya, M.Nor minta saya buat yang ada anak itik & kiambang. Jadi saya cadangkan kek tersebut dihias dengan anak2 itik di dalam kolam...
Ada 4 ekor anak itik berenang2 di dalam kolam & di sisi anak2 itik tersebut ditulis tahun2 kelahiran anak2 M.Nor... emmm simbolik tu...


Selain anak itik, bunga kiambang turut mewarnai kolam tersebut... nampak cantik berseri.
"Anak itik tok wi... mandi dalam kolam... kek dihias cantik berseri... nak makan rasa sayang"... cheewahhh!!!


Anak2 itik saya buat pelbagai kaler... ada unsur fantasi.. kalu buat ikut kaler realiti kurang ceriakan...

Anak itik... anak itik... masa tengah buat anak itik ni, anak bongsu saya (2 1/2 tahun) tengok, rengek2 nak seekor, bila saya x bagi, dia merajuk berguling2 kat lantai.. nak tak nak kena korbankan seekor bagi kat dia & buat yang lain.. bukan main suka lagi dia bila dah dapat seekor anak itik.. dia x makan pun, buat main2 jer... hahaha



Pandangan atas...



M.Nor order Choc Moist Cake... kat atasnya decorate dgn tema "ducklings in the pond". Harap M.Nor, isterinya Suri & anak2 sukakan kek ni ...
Happy Anniversary untuk M.Nor & Suri... semoga kekal bahagia ke akhir hayat, amin!!!

No comments:

Post a Comment