Wednesday, February 17, 2010

TART NANGKA IN LOVELY BASKET




Tart Nangka in Lovely Basket ni diorder oleh Kak Nik, Sri Damansara sempena pertunangan anaknya pada 15 Feb 2010. Kak Nik lebih suka Tart Nangka berbanding cookies @ cupcakes. Ia sesuatu kelainan dari kebiasaan... & Kak Nik juga bagi idea agar Tat Nangka yang atas tu dibuat ala-ala pai, ada tudung & diletak hiasan kaler pink sedondong dengan warna tema majlis pertunangan anaknya. Saya amat menghargai pandangan & idea bernas dari pelanggan & akan memenuhinya sebaik mungkin.
Terima kasih Kak Nik... nanti boleh order lagi ya...



Lovely Basket ni boleh diisi dengan pelbagai pilihan pelanggan sama ada cookies, cookies buah-buahan, cupcakes buttercream @ fondant cupcakes, tart, pie dan lain-lain mengikut pilihan masing-masing.



Pandangan dari atas... menarik... simple but nice...




Lovely Basket ni dibalut dengan plastik lembut untuk mengekalkan kerangupan, aroma & kebersihan. Ia juga tidak mudah rosak, jadi sesuai dijadikan hantaran majlis perkahwinan @ pertunangan yang jarak antara rumah pengantinnya jauh.
Price : RM 65

No comments:

Post a Comment