Monday, February 14, 2011

HIDANGAN PENGANTIN

Kepada sesiapa yang akan melangsungkan perkahwinan & bercadang untuk mengadakan acara Makan Beradap, boleh la order Hidangan Pengantin... Ianya terbuka kepada mereka yang melangsungkan perkahwinan sekitar Kuala Terengganu, Marang, Kuala Berang & kawasan sewaktu dengannya... (yang senang nak datang ambik kat Kg Pulau Rusa, K. Terengganu)

Buahan-buahan.... - gabungan pelbagai buah-buahan untuk pencuci mulut... kombinasi kaler yg ceria menambah seri di meja makan pengantin



Ayam percik... (terpulang kepada customer nak masakan yang disukai seperti masak kerutuk, masak merah, sweet sour dll)


Udang Junjung - berselera pasangan pengantin melihatnya...


Sotong Daisy - masakan yang ringkas tapi menarik & yang pentingnya ia sedap!!


Acar Nenas + Telur Puyuh - acar menambah selera makan, gabungan nenas & telur puyuh sangat serasi... sedap!!!

Ikan Sweet Sour - boleh request nak masak cara lain...


Limpa Masak Blackpepper - masakan yang secukup rasa....
Masakanm diatas adalah antara lauk-pauk yang kami tawarkan, customer boleh suggest jika mahu masakan tertentu yang disukai... Juga terdapat dalam pakej kami ialah puding untuk pencuci mulut. Maaf kerana gambar tiada dalam simpanan buat masa sekarang...

Thursday, February 10, 2011

CHOC MOIST CAKE
with
(strawberries & peaches topping)



Kek Chocolate Moist memang sedap, rasa coklat yang mewah, struktur kek yang lembut & lembap sememangnya ia berjaya menambat selera ramai orang.
Sempena Anniversary saya yang ke 9 pada 12 Feb 2011, saya dah siapkan choc moist ni & decorate kat atasnya dengan strawberry segar & peach. Kaler merah strawberry serta peach yang terang memeriahkan lagi rupa kek ini.. Untuk menampakkan citarasa coklat yang mewah, saya tabur bahagian tengah kek dengan parutan coklat... Rasanya??? sudah semestinya... walla, sangat2 sedap, hingga menjilat jari, jilat sudu & piring.. hahaha

Ada sesiapa yang berkenan??? Boleh order ya... hahahaha


FRUIT TARTS


Fruit tarts... lihat gambarnya aje pun hati dah terpikat, apa lagi kalau dah makan... Eeeemmmmm, sedap... amat-amat sedap!!! Makan satu nak lagi... dan lagi.. dan lagi.. ni bukan saya yang kata tapi mereka yang dah merasanya!!!
Pastri rangup diisi dengan filling lemak manis cream kastad & kat atasnya pulak dihias dengan buahan segar - strawberry, anggur & peach.

Fruit tart ni jika dihidangkan kepada tetamu dalam sebarang majlis pasti menggamit selera mereka, juadah inilah yang paling mereka nak rasa dulu disebabkan tarikan rupa & warna2 buahannya...

FONDANT CUPCAKES


Cupcakes ni, kakak saya minta buat untuk disponsor sempena majlis pertunangan sepupu kami Siti Nurhanim & pasangannya Nik Azlam pada 3 hb Feb 2011...


Kaler tema cupcakes ni peach... haaa... ni gambar cupcakes yang dah siap letak dalam kotak transparent yang siap dihias bunga....


Close up... nama pasangan yg diraikan Hanim & Nik... rama2 cute menceriakan lagi cupcakes ni... sesiapa suka boleh order ya.... hehehe
Selamat Bertunang buat Siti & Nik... semoga berakhir ke jinjang pelamin!!!
KEK FONDANT
OHHH
KEK FONDANT!!!!


Baru aje duk kat kampung dah dapat order kek fondant untuk hantaran perkahwinan... alhamdulillah... Kak Ani, dari Gong Badak order kek ni sempena perkahwinan anak lelakinya.

Kek choc moist bila dibalut fondant tak le manis sangat kan.... tema kaler kek ni pink + biru.

Kek ni pun Kak Ani yang order jugak, oooo... Kak Ani order untuk kedua2 belah pihak pengantin la...


Kek kat dalam pun kek choc moict.. kaler temanya oren...
BLUEBERRY CAKE


Achik dari Manir order kek Blueberry utk celebrate birthdaynya...


Kek coklat layered dgn blueberry filling... atas kek dihias dgn blackcurrent & limpahan blueberry filling lagi.. semoga Achik suka dgn kek yg Mok Su buat ni ya...

KEK HANTARAN BERTUNANG


Kek ni Za (cikgu Sek Keb Pusat Chabang Tiga) yang order sempena pertunangannya pada 4 Feb. 2011.


Warna tema pertunangan Za ialah dark purple... selamat bertunang Za & Wan, semoga kekal hingga ke jinjang pelamin, amin!!