Bakul Pastri Bertangkai di dalamnya Tart Nangkacomey... Kat tangkai bakul dihias bunga2 cute kaler merah kuning semestinya menambah seri...
Yang ni Bakul Pastri Bertangkai di dalamnya Buah2an... Kat tangkainya dihias bunga2 kecil purple & putih
Kedua2 bakul bertangkai, cuma isi kat dalam je berlainan.. boleh pilih nak Tart Nangka @ Buah2an...
Bakul Pastri Tak Bertangkai.... Tart Nangka kat dalamnya... Bunga cute atas tart boleh pilih ikut kaler tema hantaran.. merah, purple, pink, hijau.... semua boleh
BARBIE DOLL CAKE
Kek Barbie Doll mmg cantik jika dijadikan kek birthday anak perempuan... mesti birthday girl suka & tetamu pun geram melihatnya...soooo sweeeet!!!
Nani order kek berbentuk Blackberry untuk dihadiahkan sempena birthday Mr S nya... Nasib baik Nani siap bagi gambar Blackberry supaya saya senang nak decorate keknya...
Ucapan ditulis atas cupcakes... semoga Mr S suka dgn kek blackberry yg Nani hadiahkan ini..
KEK + CUPCAKES ANNIVERSARY
Kek anniversary ni Mumtazimah dr Teluk Pasu yang order sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke 10. Sekeliling kek disusun cupcakes yang ditulis tahun2 perkahwinan & nama2 anak yang lahir pada tahun2 tersebut...
Mumtazimah pilih choc moist cake tp dia nak kek tersebut dihias dgn buttercream putih & merah... gandingan kaler yang cantik tu!!! Cupcakes pulak berperisa choc ...
Kek Red Velvet ni cik Rania order utk majlis makan2 Happy New Year opisnya... keknya yg lembut moist sedap dilayer dgn cream cheese & dibaluti tebal dgn cream cheese, mmg sedap2 sgt terutama bila disejukkan dlm fridge dulu
Maafla x dapat tengok bahagian dalam kek @ kek dah dipotong... ni kek orang order saya xleh potong... cik Rania pun lupa nak ambik gambar kek ni yang dah dipotong sbb sedap ngat duk makan2...
MACAM-MACAM KEK ADA....
Budak-budak memang suka watak animasi dlm tv... yang ni kek Ipin Upin
Kek birthday ni dihias dgn sugar animal... bila Aqilah tengok kek ni dia geram kat panda & rumput2 yang menghijau tu.. hehehe
Kek Angry Bird - dideco guna buttercream...
Pelbagai jenis dekorasi kek, boleh pilih yang mana suka...
BLUEBERRY CAKE
Kek Blueberry ~ kek sponge coklat yang lembut gebu dilayer dgn filling blueberry. Setelah itu keknya disalut buttercream yg lemak berkrim yang disukai ramai, kemudian kat atas kek dilapisi sekali lagi dgn filling blueberry... membuatkan rasanya sedap... manis2 masam gitu...
Kek ni Alang dari Manir order sempena majlis pertunangannya. Selamat bertunang Alang.. maaf x dapat join rombongan peminangan tu.. insyaAllah Majlis Kawin nanti moksu join ya...
Yang ni pulak Achik order utk majlis pertunangannya dgn Nurul... kek blueberry jugak... Selamat bertunang buat Achik Faris & Nurul...
Kek bentuk hati cantik dijadikan hantaran sama ada utk pertunangan @ perkahwianan... bentuk hati kan lambang cinta yang membara.. cheewahhh!!!
CUPCAKES
Cupcakes ni untuk hantaran perkahwinan Hafiz & Nurul...
Mazidah order cupcakes ni saje2 nak makan anak-beranak katanya... semoga anak-beranak Mazidah suka ya...
BLUEBERRY CHEESE CAKE
Blueberry Cheese Cake ni saya buat khas utk anak2 sedara saya - Aiman, Adam, Amir & juga adik saya Mimi Nadhira... sebab Amir sgt2 sukakan Angry Bird jadi saya hias atas kek ni edible image Angry Bird.. Selamat Hari Ulang Tahun buat Aiman (13th), Adam (9th), Amir (4th) & juga Aka (21st)... semoga kalian bahagia sokmo & suka kek ni..
Kek ni Afifah order sempena majlis perpisahan salah sorang office-matenya... Afifah bagitau kek ni sedap mcm kek Secret Recipe je.. hahaha
Lepas geng2 office-matenya makan kek ni ada yang order lagi sbb katanya sedaaappp!!!
PAI AYAM COCKTAIL
Pai Ayam Cocktail ni Mazidah yang order. Pastrinya garing lembut & inti ayamnya sedaaap.... makan panas2 lagi la sedap!!!