Tuesday, August 9, 2011


CooKies & ChoColates RaYa 2011


Lovely Basket - himpunan 6 jenis cookies pelbagai rasa & rupa dalam satu bakul pastri... bakulnya tu pun boleh dimakan ya...

RM 40

Lovely Basket - sesuai dijadikan hadiah di musim perayaan kepada ayahanda, bonda keluarga mertua, sanak saudara, bos @ kawan2... juga sesuai dijadikan hantaran perkahwinan @ pertunangan... biasa la kan.. musim raya ramai yang melangsungkan majlis pertunangan @ perkahwinan...

Almond Choc Chips
~ cookies yang rangup, bertatahkan badam cincang, kepingan cornflakes, chocolates chips & rasa coklat yang kaw-kaw. Di atasnya dihias lorekan royal aising putih yang menambah seri...

RM 24 ~ 45 pcs /container


Daisy Pineapple Tart
~ tart ni adik-beradik dgn Tart Gulung kerana rasanya yang seiras tapi ia lagi ayu krn berbentuk bunga daisy. Penggemar Tart Gulung mesti mengemari tart ni!!

RM 24 ~ 50 pcs / container

Crunchy Oatflakes
~ cookies ni x boleh direject... setiap tahun mesti buat kerana ia mendapat sambutan terhangat. Rasa oat & cornflakes yang rangup, tidak muak menyebabkan ramai yang menggemarinya...

RM 23 ~ 50 pcs / container

Cashew Choc Marble
~ cookies yang sedap, rangup dengan kepingan cornflakes & cashewnut... disirami dengan coklat yang bercorak marble... nice!!!

RM 24 ~ 50 pcs /container

Tart Nangka Floral
~ haaa... inilah Tart Nangka yang disebut2 oleh kawan2 saya yang mereka sering terkenang2kan kesedapannya kerana mereka pernah makan ketika kami di zaman sekolah dulu2. Tapi saya dah 'solekkan' tart ni menjadi lebih anggun dgn bentuk floral.

RM 23 ~ 50 pcs / container

Tasty Crispy
~ cookies diadun mesra gabungan toasted coconut, nestum & cornflakes... boleh imaginkan rasanya... emmm sedap wangi. Dihias dgn royal aising 'pink kaler'...

RM 22 ~ 50 pcs / container

Homade chocolates... with filling inside
~ left to right : yummy strawberry, fresh mint, crunchy crispy (cornflakes) & sweety orange...

RM 12 ~ 16 pcs / container

KEK BAKUL


Selain hantaran berbentuk pastri bakul, ramai juga yang suka kek berbentuk bakul sebagai hantaran majlis pertunangan @ perkahwinan...

BIRTHDAY CAKE


Kak Malina order kek ni sempena birthday anak bongsunya Tasha...

Sekeliling kek tu dihias dengan cupckaes... sebab Tasya berumur 6 tahun, saya hias kek ni dgn gula2 smarties.. budak2 mesti suka bila tgk gula2 bulat kecil yang bermacam2 kaler ni...


Happy Birthday Tasya...

PASTRI-PASTRI UNTUK HANTARAN


Pastri Bakul Bertangkai.... dalam bakul tu penuh diisi dgn cookies berbentuk buah-buahan beraneka rasa, rupa & warna. Menarikkan!!!

Yang ni Bakul Pastri tanpa tangkai...

Pastri Udang Galah... pastri yg dibentuk spt udang galah.. kat dlm badan udang tu diletak serunding daging...

Pastri2 ni semua amat sesuai untuk dijadikan hantaran sama ada majlis perkahwinan @ pertunangan.. nak jadikan hadiah kat seseorang spesel pun "canteek"...

CUPCAKES FONDANT


Cupcakes fondant yg kiut miut ni, Roslina Ghazali order sempena majlis pertunangan anak saudaranya... cantikkan kaler temanya merah + putih, manissss jer...

Cupcakes ni dihias bumga2 kecik & rama2.. spt rama2 di taman bunga gitu... hehehe

BARBIE DOLL CAKE

Sempena birthday anak perempuan saya Dina Syakira yang ke-6 pada 24 Mei yg lepas, saya telah penuhi permintaannya utk buat kek birthdaynya berbentuk Barbie Doll. Sejak tahun lepas lagi Dina minta saya buatkan tp x berkesempatan sehinggalah ia dapat ditunaikan tahun ni, alhamdulillah.,

Barbie Doll pakai gaun kaler pink, kaler kesukaan Dina...

Selain kek Barbie Doll saya buat juga cupcakes sampingan...


Ini dia kek birthday Dina... kek Barbie Doll & dikelilingi cupcakes yg ditulis nama2 guru & kawan2 sekelas Dina... oh ya.. Dina celebrate birthdaynya kat sekolah...

Barbie Doll tu saya buat kek sponge chocolate & dilayer dgn filling blueberry.. best gitu... cupcakes pulak kek sponge vanila & sponge choc yg gebu & lembut...

Happy Birthday Dina Syakira... mama doakan agar kakak menjadi anak yg solehah & beroleh kejayaan di dunia & akhirat... amin!!!

PULUT KUNING


Maiza order pulut kuning ni sempena anniversary perkahwinannya yg ke-6. Maiza pilih lauk ayam kerutuk utk dipadankan dgn pulut kuning ni. Memang sedap makang pulut kuning berlaukkan ayam kerutuk, lauk gulai ikan tongkol pun sedap...

Nasi Mandy... lazizzz!!!

MiMi CooKies Delight melebarkan sayapnya dengan menbuat bisnes Nasi Mandy ... lazizzz!!!...

Sebelum ni saya hanya memasak & hidangkan Nasi Mandy kpd tetamu yg bertandang ke rumah. Setelah mendapat komen positif drpd mereka, ramai yg kata Nasi Mandy yg saya masak sgt2 sedap, maka saya memberanikan diri utk mengkomersialkan ia lebih2 lagi skrg bulan Ramadhan... bulan yg boleh wat duit kata orang.. hehehe

Alhamdulillah, ia mendapat sambutan yg menggalakkan. Ramai yg customer beli 1st time, ulang beli lagi pada hari2 berikutnya... ini maknanya Nasi Mandy ini memang sgt2 lazizzz (sedap!!!) Malah dah ada yg booking utk dijadikan juadah berbuka pose kat surau & hidangan kat majlis open house raya nanti.

Saya belajar masak Nasi Mandy yg dikenali jgk sebagai Nasi Arab ni dgn jiran yg berasal dr Arab Saudi... malah salah satu rempah yg digunakan utk masak Nasi Mandy ni, diimport khas dr Arab saudi.. kat Malaysia ni mmg x jupe rempah tu wlp di kedai2 rempah herba Arab...

Ini la rupa Nasi Mandy yang saya masak... Ia dimasak menggunakan beras basmathi bersama 8 jenis rempah asli terpilih, dimakan dengan ayam yang lembut dibakar wangi, juga salad / acar & sambal cili... resepi asli dari Arab Saudi.. makan sekali pasti nak lagi.. emmm walla!!!

Bulan Ramadhan ni saya berniaga di gerai kat Padang Midin, depan Butik Pengantin Seri Impiana, seberang jalan depan SM Padang Midin, dr Pengadang Baru ia sebelah kiri... boleh juga ambik kat rumah saya di Kg Pulau Rusa... (untuk mereka yg tinggal di Kuala Terengganu & kawasan2 sekitarnya la yg blh order ni)

Sesiapa yg berminat nak order untuk try rasa @ utk majlis2 tertentu blh contact saya 012 9797344...

RM 6 jer sebungkus.. murahkan!!!

Friday, July 8, 2011


CUPCAKES

Ibu... ibu.. engkaulah ratu hatiku...
8hb Mei 2011 adalah Hari Ibu... Gha dari Bukit Tunggal order cupcakes ni untuk ibunya yang tersayang.


Cupcakes yang diorder oleh officemate Gha sempena Hari Guru...


Cupcakes yang deconya cartoon mendapat sambutan... antaranya:



deco cartoon lagiii...



dan lagiiii.... hihihi



cupcakes untuk budak-budak memeng sesuai deco cartoon...
CAKES
Kek ni Maiza order untuk celebrate insan2 tersayangnya yg birthday mereka dalam bulan Mei. Molek la tu Maiza, order sebiji kek besar untuk rai mereka bersama2... senang, jimat belanja & masa.

Kak Salmah order kek ni sempena majlis pertunangan anaknya Ayu... Selamat Bertunang Ayu.. semoga berbahagia sokmo, amin!!!

Thursday, March 31, 2011


LOVELY BASKET ~ TART NANGKA

Sebagai hantaran untuk majlis perkahwinannya, Ieda Rahman minta saya buat Lovely Basket spesel ni... dalam bakul tu diisi dengan Tart Nangka yang sedap & cantik...

Pandangan atas... tangkai bakul dihias bunga2 kecik comey membuatkan Lovely Basket ni kelihatan semakin "lovely" & menarik...

Lovely Basket yang xde tangkai ni, Ieda order untuk dimakan... Tart Nangka sedap & bakulnya pun sedap...

Selamat Pengantin Baru untuk Ieda & Aiman...

CUPCAKES UNTUK DOOR GIFT

Sempena hari perkahwinannya pada 19 Mac 2011, Ieda Rahman dah order cupcakes buttercream ni untuk dihadiahkan kepada tetamunya... Deco yang Ieda pilih ialah "Tuxedo & Kebaya"..

Cupcakes yang dah siap dideco, sedia dimasukkan ke dalam container..


Selamat Pengantin Baru Ieda Rahman & Aiman.. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat, amin!!!
BLUEBERRY CHEESE CAKE LAGI!!!!

Sempena birthday puteri bongsunya yang kiut miut tu, Aunty Fatty order sekali lagi Blueberry Cheese Cake yang menjadi kegemaran mereka seisi keluarga. Kali ni saya letak blueberry agak mewah kat dalam aduanan cheesenya & juga kat atas kek tu.. biar nanti Bufday Girl, cik Sarah Fatini makan kek ni dengan penuh nikmat.. hihihi..

Selain sebiji kek bersaiz 9" @ 1 1/2 kg yg Aunty Fatty order, saya juga buat extra untuk bonda yang sememangnya amat menggemari kek ni & sebiji kecil untuk anakanda2 & hubby... x kang nak biarkan mereka tengok jer Blueberry Cheese Cake yg amat "yummy" ni yg diorder tanpa ada bahagian untuk mereka kan???
CHOC BANANA MUFFIN


Kebetulan bonda bagi pisang jelai berangan, rajin pulak rasanya nak buat muffin pisang.. maka terhasillah Choc Banana Muffin ni.. nak bagi sedap lagi selain campur dengan chocolate emulco, kat atas muffin tu saya tabur choc chips & juga almomd nibs...



Muffin yang gebu.. keesokan harinya pun masih tetap gebuuu...
KEK BUAH KUKUS

Kek Buah Kukus ni, Mak Cik Yah dr KL yg order... secukup rasa & keknya pun lembap x kering...

Monday, February 14, 2011

2 TIERS FONDANT WEDDING CAKES


Kek fondant 2 tingkat ni, Azliawati dari Kelulut, Marang yang order untuk acara memotong kek di hari persandingannya pada 12 feb 2011. Azlia order kaler putih & pink...

Azlia ada bagi gambar sample untuk wedding keknya, tapi saya x ikut bulat2 nanti dituduh ciplak pulak.. saya design ikut kreativiti sendiri tapi masih ambil kira citarasa Azlia yang nak ada rimbunan bunga & frill yang berjurai dari tingkat atas ke bawah kek...

Sudut pandangan sebelah belakang... juga cantik menarik...


Semoga Lia puas hati dengan kek yang Kak Na buat ni ya...
Selamat Pengantin Baru khas buat Lia & Zamri, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat, amin
FONDANT CUPCAKES
UTK HANTARAN


Cupcakes ni Azliawati dari Kelulut, Marang order sempena perkahwinannya pada 12 Feb 2011..
Tema deco cupcakes ni bolehlah dikatakan "Butterflies Among the Flowers".. hehehe...


Selamat Pengantin baru Lia & Zamri, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat, amin!!!


Cupcakes dah siap dimasukkan ke dalam kotak hantaran transparent...

CHEESSY... CHEESSY... CHEESE CAKE!!!!


Blueberry Cheese Cake
Ianya diorder oleh my lovely aunty... Cde Fatty sempena birthday her lovely hubby, Incik Abu.. maaf ya Cde Fatty, birthday Ayah De 12 Feb tapi 14 Feb baru dapat kek ni sebab Cde Fatty jugak yang order lambat.. tapi tak pe janji dapat jugak merasa Blueberry Cheese Cake yang amat sedap ni.. Untuk Cde tersayang, Na buat kek nya tebal dr biasa... special utk birthday Ayah De Abu..
"Happy birthday, Ayah De... semoga bahagia sokmo..."


Orange Cheese Cake

Saya buat kek ni special untuk suami, anakanda2 & bonda tercinta.. dah buat last month, tapi mereka merungut x puas makan.. jadi buat la lagi... kek yang sedap sudah pasti mendapat permintaan yang hangat kan!!! hihihi...

Sepotong orange cheese cake... keknya yang tebal & layer basenya nipis jer supaya bila makan lebih terasa kenikmatan cheesenya yang creamy & lazat.. lagi sedap jika dimakan sejuk sebaik kuar dari fridge.. emmmm yummy!!!